Politik

Kenyataan ‘Yang Dipertua seharusnya tidak berpihak’ dipersoal

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempertikai pendirian pembangkang yang menyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak seharusnya berpihak.

Ini kerana menurut mereka, seorang Yang Dipertua sepatutnya memainkan peranan sebagai pengerusi mesyuarat yang tidak tunduk kepada mana-mana parti.

Perkara sedemikian turut dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan bekas Yang Dipertua, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof sebagai cemerlang dan berintegriti.

Hal demikian susulan, pembangkang mempersoal tindakan kerajaan menyingkirkan Mohamad Ariff bagi melantik Datuk Azhar Harun sebagai Yang Dipertua baharu.

Bagaimanapun, pendirian pembangkang itu dipersoal apabila beberapa keping gambar memaparkan kemesraan antara Mohamad Ariff dengan Anwar tersebar.

BACA > Gorila juga perlu jalani ujian saringan Covid-19 — Suara Merdeka

Gambar tersebut turut dimuat naik Ahli Parlimen Pekan dalam Facebooknya dengan status, “Ya, dia neutral. Tak berpihak.”

Status tersebut turut menyertakan tanda pagar #gengkiter sebagai satu sindiran kepada Pakatan Harapan (PH).

Pertikaian itu turut dikuatkan lagi dengan pujian dan penghargaan yang diberikan Ahli Parlimen Port Dickson seperti dilaporkan portal Suara Keadilan.

“Terima kasih kepada Tan Sri Speaker Mohd Ariff Md. Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming kerana berkhidmat dengan penuh integriti dan adil.

“Tahniah kerana telah berjaya mengangkat agenda reformasi Parlimen ke satu tahap yang lebih baik dan tinggi.”

BACA > Yayasan Bank Rakyat salur RM100,000 tingkatkan kemahiran suri rumah — Suara Merdeka

Demikian penghargaan daripada Anwar yang dipetik portal tersebut daripada Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Pengerusi PH itu membantah usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Bantahan itu dibuat dengan menyatakan usul berkenaan tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat dan tiada alasan kukuh daripada kerajaan.

Bagaimanapun, undian terhadap penyingkiran Mohamad Ariff dan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat berjala dilaksanakan.

Hasil undian tersebut menunjukkan seramai 111 Ahli Parlimen menyokong usul berkenaan sementara 109 lagi membantah.

BACA > Ahli Parlimen DAP, Tony Pua tidak puas hati — Suara Merdeka

Dua orang Ahli Parlimen dilaporkan tidak mengundi apabila salah seorang daripadanya tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button