NasionalPolitik

Kenapa Muhyiddin takut panggil sidang khas Parlimen?

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu takut untuk untuk memanggil sidang khas Parlimen Covid-19 kerana Malaysia berjaya mengurusnya lebih baik berbanding United Kingdom (UK).

Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, sedangkan Dewan Rakyat di UK telah mengadakan sidang secara maya selama 100-minit.

“Mengapa Muhyiddin sangat takut untuk memanggil sidang khas Parlimen Covid-19?” Tanya beliau dalam satu kenyataan.

parlimen
LIM KIT SIANG

Kit Siang, menyifatkan tindakan Muhyiddin tidak memanggil sidang parlimen itu sebagai sesuatu yang memalukan kerana UK yang ketinggalan berbanding Malaysia dalam menangani Covid-19, parlimen sudahpun bersidang.

“Adalah menjadi satu perkara memalukan apabila Parlimen UK semalam telah mengadakan persidangan maya yang membolehkan ahli parlimen untuk meneliti tindak-tanduk kerajaan British selama 100 minit mengenai pengendalian bencana Covid-19 di negara tersebut.

“Namun begitu, kerajaan Malaysia masih tidak berani untuk mengadakan persidangan khas bagi isu yang sama.

“Mengapakah Muhyiddin sangat takut untuk memanggil sidang khas Parlimen Covid-19 sedangkan Malaysia berjaya mengurusnya dengan lebih baik berbanding UK yang mempunyai 133,495 kes dan 18,100 kematian — 24 kali jumlah kes dan 195 jumlah kematian di Malaysia, yang hanya mempunyai 5,532 kes dan 93 kematian?

“Adakah perkara ini terjadi kerana Malaysia terlalu terkebelakang dari aspek teknologi, malah berada jauh di belakang Maldives, negara terkecil di Asia dari jumlah penduduk dan saiz kawasan, yang telah menjadi negara pertama di dunia yang telah menjalankan sidang parlimen secara atas talian untuk kesemua 87 ahli parlimennya semasa bencana Covid-19?

“Atau adakah kerana Malaysia ini tidak demokratik dan tidak sesuai dengan sistem demokrasi berparlimen yang diwarisi daripada bapa yang menubuhkan negara kita, dengan asas pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, dan Perlembagaan Persekutuan?” Soal Kit Siang.

KIt Siang berkata,  dalam sebuah demokrasi berparlimen, yang menegakkan prinsip pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang, penelitian parlimen adalah perkara asas yang penting, terutamanya ketika negara sedang menghadapi krisis seperti bencana wabak Covid-19.

Katanya, dengan penelitian Dewan Rakyat, masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam bencana ini dapat diketengahkan dan diselesaikan.

Katanya ini termasuk sama ada aduan di mana tidak semua petugas kesihatan barisan hadapan menerima elaun khas bernilai antara RM400 ke RM600 seperti yang diumumkan dalam pakej Bantuan Prihatin Rakyat; ataupun kekurangan alatan pelindungan diri untuk para petugas barisan hadapan; diskriminasi dalam pengagihan bantuan makanan, terutamanya dalam kawasan parlimen pembangkang; aduan mengenai ketidak-cukupan makanan dan maklumat di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD); layanan tidak adil terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran apabila beliau cuba untuk mengetengahkan isu yang dihadapi oleh penduduk di Taman Sri Murni di Selayang yang kini berada di bawah PKPD; layanan berbeza dalam pelaksanaan PKPD; nasib golongan terpinggir yang diabaikan dalam menghadapi wabak ini, dan lain-lain perkara lagi.

“Masih belum terlambat untuk Perdana Menteri memanggil satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan isu berkaitan Covid-19 sebelum bulan April berakhir,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button