Nasional

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum Belanjawan 2025

PERDANA Menteri memberitahu, kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia ekoran sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam dan diharapkan mereka akan bekerja lebih kuat selepas itu.
“Sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.
“Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button