Nasional

Kemuka tuntutan palsu, dua pengurus syarikat ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah syarikat berusia 45 dan 31 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan.

Menurut sumber, kedua-duanya ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 11.00 malam semalam.

Jelas sumber, kedua-dua pengarah syarikat tersebut bersama sebuah agensi kerajaan didapati bersekongkol mengemukakan dokumen dan maklumat palsu kepada sebuah syarikat pinjaman berjumlah lebih RM7 juta untuk melaksanakan projek kelolaan agensi kerajaan tersebut.

Difahamkan, siasatan masih dijalankan untuk mengesan beberapa lagi pemilik syarikat lain yang disyaki turut terlibat.

Jelas sumber, kedua-dua suspek sebelum ini juga pernah ditahan awal bulan ini atas kesalahan sama.

BACA> ADUN PKR Dr. Afif kini jadi ADUN Bersatu – Suara Merdeka

Ujarnya lagi, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 29 Jun depan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button