Ekonomi

Kempen beli barangan Malaysia 2024 perkukuh sokongan terhadap produk tempatan

PERSATUAN Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA), dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024. Kempen yang berlangsung selama sebulan ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan yang mampu bersaing dengan produk antarabangsa serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menyokong produk keluaran negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. YBhg Dato’ Seri Sayuthi bin Bakar, 

Inisiatif KBBM 2024 bertumpu kepada beberapa objektif utama:

  1. Meningkatkan Kesedaran dan Keyakinan Rakyat Malaysia
    Menekankan bahawa barangan buatan Malaysia adalah berkualiti dan mampu menyaingi produk dari luar negara.
  2. Memupuk Patriotisme
    Menanamkan semangat cinta negara melalui pembelian dan penggunaan barangan tempatan.
  3. Merangsang Pembangunan Ekonomi
    Menggalakkan ekonomi negara melalui sokongan kepada perniagaan dan produk tempatan.
  4. Menyokong Pereka dan Pengusaha Tempatan
    Meningkatkan kreativiti dan mutu produk tempatan melalui kolaborasi antara syarikat tempatan dan kerajaan.
  5. Selaras dengan Aspirasi Malaysia Madani
    Menekankan nilai-nilai seperti kemampanan, kesejahteraan, dan tanggungjawab sosial.

Kempen ini juga mendorong penggunaan produk yang beretika, yang menyumbang kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan sosial. Ia memupuk rasa cinta kepada negara dengan meningkatkan penghargaan rakyat terhadap hasil usaha anak tempatan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara inklusif dan adil.

  1. Memperkukuh Kelestarian dalam Industri Fesyen bersama MBDA
    MBDA turut menggalakkan amalan perniagaan lestari dalam kalangan ahli dan pihak industri, memastikan kelestarian menjadi asas dalam perkembangan industri fesyen untuk masa depan yang lebih mampan. Dato’ Seri Mohd Sayuthi menekankan kepentingan menyokong industri tempatan dalam menghadapi cabaran global. KBBM dilihat sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan ekonomi negara melalui sokongan terhadap industri tempatan, terutamanya dalam sektor kreatif dan pembuatan.

Sebagai sebahagian daripada usaha MBDA untuk mempromosikan perniagaan lestari juga berusaha menarik minat pelancong domestik dan luar negara dengan menonjolkan kreativiti dan kepelbagaian rekaan fesyen tempatan yang berteraskan kelestarian.

Selain itu mewujudkan peluang baharu untuk industri pelancongan, sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi fesyen yang unik dan berdaya maju di peringkat global.

Ini merupakan kali keempat KPDN bekerjasama dengan MBDA untuk menjayakan KBBM. Dato’ Seri Sayuthi turut mengalu-alukan perlantikan Dato’ Indera Tom Abang Saufi sebagai Penaung baru MBDA.

“Dengan pengalaman serta kepakaran beliau yang luas dalam industri fesyen, saya yakin Dato’ Indera Tom akan membawa MBDA ke tahap yang lebih tinggi dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” kata beliau.

Kerjasama media membolehkan lebih ramai pihak dan hadirin menyertai inisiatif yang akan berlangsung selama sebulan ini. Selain pertunjukan fesyen oleh tiga puluh pereka fesyen tempatan, pelbagai acara lain juga diadakan, termasuk Forum Fesyen & Perniagaan, melukis batik, tutorial tudung, dan pelbagai aktiviti lain.

Kempen ini juga akan dipromosikan melalui pelbagai platform media digital untuk menarik perhatian dan sokongan daripada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang semakin peka terhadap perkembangan teknologi.

Dengan adanya kempen seperti KBBM, ia bukan sahaja memberi peluang kepada pereka tempatan untuk mempersembahkan hasil karya mereka, tetapi juga meningkatkan keyakinan pengguna terhadap barangan tempatan. Kerajaan yakin dengan kerjasama berterusan antara sektor awam dan swasta, industri tempatan akan terus berkembang dan memberikan impak positif kepada ekonomi negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button