Politik

Kementerian Luar Negeri jelaskan isu Sanusi tidak diberikan kerusi semasa mesyuarat

Kementerian Luar Negeri mengeluarkan satu kenyataan dan menjelaskan tentang isu ketiadaan kerusi buat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semasa mesyuarat bersama perdana Menteri, di sebuah hotel di Alor setar baru-baru ini kerana tidak dijemput.

Sanusi hanya dijemput menyertai program lawatan Anwar bersama perdana Menteri Thailand ke ICQS Bukit Kayu Hitam pada 27 Disember lalu.

Sanusi bersama Anwar dalam lawatan ke Thailand

Kementerian juga menjelaskan jemputan itu dibuat memlaui surat bertarikh 25 November kepada setiausaha sulit Menteri besar Kedah.

‘’Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama YAB Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 November 2023 tidak menyebut tentang mesyuarat pre-council ini. Apabila YAB Menteri Besar.

Kedah mengambil keputusan untuk turut hadir ke mesyuarat pre-council ini, YAB Perdana Menteri telah menyediakan kerusi untuk beliau.

‘’Sanusi juga tidak terlibat dalam lawatan ke Sadao, Thailand. Tetapi bagi memenuhi permintaan beliau di saat akhir, YAB Perdana Menteri telah bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi YAB Perdana Menteri.

‘’Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenarnya iaitu Kementerian Luar Negeri dan YAB Perdana Menteri telah memberikan pertimbangan khas kepada YAB Menteri Besar Kedah.

Menurut kenyataan dari Media semasa, Sanusi mendakwa dia tidak diberikan kerusi ketika mesyuarat di Alor Setar sebelum mengiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke Sadao.

Sanusi membangkitkan perkara dalam sidang DUN Kedah dengan menyuarakan isu ‘Little Napoleon’ yang menurutnya cuba mengeruhkan hubungannya dengan Anwar.

Menurutnya, walaupun perbincangan itu berkaitan dengan tanah yang berada di bawah kuasa negeri, dia tidak diberi tempat untuk turut serta sehinggalah Anwar meminta dia diberikan kerusi.

“Saya berdiri sebab tak ada kerusi, tapi saya ucap terima kasih kepada perdana menteri yang nampak saya berdiri lama dan dia minta saya diberikan kerusi.

“Saya bukan rasa terhina tapi nak maklumkan bahaya permainan ‘Little Napoleon’ yang mencatur hubungan pemimpin supaya berlaku pertembungan, pergaduhan dan tak puas hati,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

Siap jadikan wallpaper, wajah Sanusi semasa muda buat wanita tak keruan!

Sanusi anggap gurauan orang kampung lepuk gadis dengan kertas

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button