Nasional

Kembali bekerja, ambil langkah berjaga-jaga – PM

RAKYAT Malaysia perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan jumlah mereka yang kembali bekerja semakin meningkat.

Hal berkenaan dijangka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan beberapa sektor ekonomi kembali beroperasi.

BACA > PH sebenarnya khianat mandat rakyat — Suara Merdeka

Justeru, beberapa kemudahan seperti pengangkutan awam serta tempat kerja kemungkinan akan kembali dipenuhi orang ramai yang mahu bekerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan semula kegiatan ekonomi adalah penting untuk menjana pendapatan individu dan negara.

Katanya, ekoran pengoperasian semula pelbagai sektor industri dan perniagaan, jumlah orang keluar bekerja akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

MUHYIDDIN YASSIN

“Sehingga hari ini dianggarkan seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja. Yang bekerja akan dapat gaji. Yang berniaga akan beroleh pendapatan dan keuntungan.

“Oleh sebab itu, saya nak merayu kepada saudara saudari semua supaya patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

BACA > Lim Kit Siang dan taruhannya yang sentiasa dimungkiri – Tok Mat — Suara Merdeka
BACA > Ada lagikah PN selepas 18 Mei ini? — Suara Merdeka

“Bukan susah. Mudah sahaja. Elakkan tempat yang sesak. Amalkan penjarakan sosial. Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa basuh tangan atau gunakan hand sanitizer,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

Tambah beliau, selain pembukaan beberapa industri dan perniagaan, turut dipertimbangkan adalah hal berkaitan surau, masjid dan rumah-rumah ibadat.

Menurut Muhyiddin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memperhalusi tatacara atau SOP tertentu yang boleh diamalkan para jemaah.

“Insya Allah, selepas SOP ini dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk bersolan jemaah di masjid.

“Bagi bukan penganut Islam, kerajaan juga akan mengumumkan SOP tertentu bagi membolehkan saudara-saudari mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing,” ujarnya.

BACA > UniMAP guna sepenuhnya teknologi digital hadapi Covid-19 — Suara Merdeka
BACA > PKPB bersambung, mainkan lagu Dendang Perantau di Hari Raya – Muhyiddin — Suara Merdeka

Bagi meneruskan operasi memutuskan rantaian jangkitan Koronavirus (Covid-19), kerajaan mengumumkan tempoh PKPB yang berakhir 12 Mei ini dilanjutkan sehingga 9 Jun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button