Kemalangan 4 buah kenderaan termasuk lori, 10 cedera
EMPAT buat kenderaan termasuk sebuah lori terlibat kemalangan dan mengakibatkan 10 mangsa cedera dalam kejadian di Taman Pudu Hulu, Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.08 petang.
“Sebanyak enam anggota menaiki dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori, sebuah kereta dan dua kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemandu lori yang berada dalam keadaan separa sedar telah berjaya dikeluaran manakala penumpang serta pemandu kenderaan lain mengalami kecederaan ringan.
Jelasnya, operasi menyelamatkan mangsa tamat kira-kira pukul 2.44 petang.
Tambahnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan selanjutnya. -SM