Sukan

Kelab Golf Putra bakal jadi tuan rumah kejohanan berprestij

Kelab Golf Putra (KGP) Perlis akan menjadi tuan rumah kepada MBSB 18th Perlis Amateur Open 2024 dari 23 hingga 26 Mei yang akan datang ini.

KGP Perlis juga akan menganjurkan dua lagi pertandingan golf tahunan yang amat berprestij iaitu Royal Golf Celebration dan Piala Presiden.

Pada kejohanan MBSB Perlis Amateur Open kali ini dijangkakan pemain dari luar negara seperti Indonesia akan turut serta.

Adalah diharapkan supaya usaha-usaha ini akan sedikit sebanyak membantu untuk menarik pelancong sukan ke Negeri Perlis melalui aktiviti golf khususnya ketika negeri ini sedang sibuk menjayakan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung Kelab Golf Putra Perlis Kali Ke-47 yang diadakan di Rumah Kelabnya di Sungai Batu Pahat baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menitahkan ucapan terima kasih kepada MBSB Bank iaitu penaja tunggal MBSB Golf Perlis Amateur Open ke-17 pada tahun lalu. Penajaan tersebut telah memberikan satu impak yang tinggi kepada Kelab Golf Putra Perlis. Juga kepada penyumbang-penyumbang korporat dan perseorangan seperti pihak CIMA dan Tuan Razak Che Yob (RCY) yang turut memberikan sumbangan.

Dengan tajaan yang telah diberikan sesungguhnya berjaya memeriahkan lagi suasana kejohanan tersebut dan akan dapat meningkatkan lagi promosi dan permintaan terhadap sukan golf di Negeri Perlis.

Tuanku Raja Muda selaku Presiden KGP Perlis turut berharap semoga semua ahli-ahli Kelab dan Ahli Jawatankuasa akan bersatu padu dan terus berusaha sebaik mungkin untuk terus memajukan lagi Kelab Golf Putra Perlis.

Baginda turut mengalu-alukan pelantikan Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar sebagai Naib Presiden I dan Wan Zikri Afthar Ishak sebagai Naib Presiden II kelab ini.

Juga tahniah kepada ahli jawatankuasa baharu yang dipilih terdiri daripada Saiful Faridil sebagai Naib Presiden III serta Ahli-Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Mohd Nizar, Wan Zainol Wan Dali, Wan Mohd Zaki, Hasfizal Samad dan Noor Helmee Abd Hamid.

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button