Belang Bertempat

Kejayaan DAP, kegagalan UMNO

SIAPA tidak gembira bila musuh berdekad-dekat akhirnya menyerah tengkuk untuk disembelih.

Waima ketika pisau melalui halkum mereka. Mereka masih boleh tersenyum dan ketawa. Hinggalah nafas mereka terhenti.

DAP ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Lim Kit Siang dan Chen Man Hin. Sejurus Singapura diusir keluar dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

Tindakan perdana menteri pertama itu adalah bagi mengurangkan ketegangan yang ditimbulkan kaum yang ditimbulkan oleh pada para pemimpin Cina yang ekstrem.

Kebijakan Lee Kuan Yew sebelum keluar dari Malaysia dia meletakkan benih perjuangannya melalui DAP.

Related Articles

DAP berperanan sebagai pembangkang yang sentiasa mengkritik dasar kerajaan dipimpin oleh UMNO.

Selain itu DAP amat lantang memperjuangkan nasib kaum Cina yang dikatakan dipinggirkan dan tidak diberi hak sewajarnya sebagai warganegara Malaysia.

DAP mahu memperkasakan sekolah vernakular bagi menjaga warisan bahasa dan budaya nenek moyang mereka.

Akhirnya DAP dan UMNO berpelukan. Lim Guan Eng berkata beliau tidak pernah bermimpi untuk hadir dalam konvensyen kerajaan perpaduan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur bersama-sama UMNO.

Ini merupakan kejayaan yang sangat besar bagi DAP.

Bagi UMNO memang jelas sekali kegagalan mereka gagal dalam memikul amanah diberikan oleh orang Melayu.

Tempoh lima bulan di dalam kerajaan perpaduan UMNO sudah mula geli untuk memperkatakan soal kepentingan Melayu.

Mereka hanya berpelukan kegirangan sesama sendiri dengan pangkat dan kuasa yang ada bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Peluang yang ada digunakan untuk mencuci kotoran pada diri dan sekaligus menyerlahkan sikap munafik masing-masing.

Kita lihat kembali keputusan PRU-15 memperlihatkan majoriti orang-orang Melayu memberikan undi mereka untuk menolak PH dan DAP. Iaitu 100 lebih kurang kerusi (PN+UMNO) sebagai simbolik terbesar penolakkan orang-orang Melayu terhadap PH-DAP.

Orang-orang Melayu tidak berpecah, hanya sahaja sebahagian mandat yang diberikan kepada UMNO telah dikhianati oleh kepimpinan Presiden tanpa bertanding-Zahid Hamidi. Bahkan kini, Zahid secara terbuka mula melaungkan reformasi demi Anwar- cikgu kesayangan Zahid Hamidi.

Pelbagai alasan itu dan ini diberikan untuk menghalalkan tindakan Zahid mengawinkan UMNO-PH-DAP.

Hanya orang-orang tidak bermaruah seperti Puad, Lokman Adam, Isham Jalil, Ashraf Wajidi dan sewaktu dengannya sahaja yang sanggup menjilat kahak yang telah mereka ludahkan kepada PH-DAP.

Kini UMNO yang dahulunya sebagai wadah teras Melayu-Islam hanya menunggu masa untuk “mati” atau menjadi pencacai hebat seperti PKR dan PAN kawalan DAP.

Perjuangan menolak DAP dan sekutu mereka adalah perjuangan melawan ideologi. Ianya bukan sekadar perang merebut kerusi semata-mata. Perjuangan melawan ideologi bawaan DAP ini bermula seawal era Tunku Abdul Rahman lagi.

Dengan “rosaknya” UMNO di bawah kendalian Zahid pada hari ini, maka Perikatan Nasional-PN dilihat sebagai satu-satunya wadah induk bagi orang-orang Melayu pada ketika ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button