Hiburan

Keith Foo bercerai dengan model Kim Raymond

PELAKON Keith Foo mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan model dikenali Kim Raymond pada Disember tahun lalu.

Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

“Kami berpisah sejak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.

“Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya.

Terdahulu, Keith hadir pada majlis sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya.

Related Articles

Menurut Keith lagi, biarpun rumah tangga yang dibina hanya bertahan dalam tempoh singkat, dia bersama bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan baik.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Anak tinggal dengan bekas isteri, tapi setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersamanya (anak). Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” katanya.

Tambah Keith, perceraian adalah jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak sebelum hubungan menjadi lebih parah.

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik,” katanya lagi.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button