Nasional

Lelaki pengedar dadah ditahan

SEORANG lelaki berusia 46 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di tepi Jalan SS 22/34.

“Ketika ditahan, suspek sedang memandung sebuah kereta jenis Honda.

“Hasil pemeriksaan, kita telah merampas sebuah beg galas milik suspek yang mengandungi dua plastik berisi serbuk putih disyaki dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Pasang jalur gemilang terbaik, KDEB Waste Management mohon maaf

Menurut Nik Ezanee, menerusi siasatan awal terhadap suspek, dia mengaku telah memperoleh dadah daripada lelaki yang dipanggil ‘Fecau’ di Segambut, Kuala Lumpur.

Jelasnya. semakan rekod lampau suspek juga mendapati dia mempunyai dua rekod kes jenayah dan tiga rekod kes dadah.

Ujarnya lagi, pihaknya turut merampas dua plasti dadah disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dan syabu dengan anggaran berat kedua-dua sebanyak 1 kilogram.

BACA> 515 ditahan ingkar arahan PKP dalam operasi polis

“Kita telah menahan suspek selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button