Kedah tidak dibenarkan eksport ketum ke Thailand
KEDAH tidak akan dibenarkan mengeksport ketum ke Thailand, kata menteri dalam negeri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan menteri besar Kedah Sanusi Md Nor supaya negeri itu dibenarkan mengeksport bahan itu.
“Itu permintaan mereka. Mungkin, ia adalah permintaan peribadi menteri besar Kedah.
“Kami akan meneliti perkara ini tetapi buat masa ini, eksport ketum dari Kedah tidak akan dibenarkan,” Berita Harian memetik beliau sebagai berkata.
Hamzah memetik undang-undang sedia ada berkaitan produk ketum.
Dilaporkan semalam bahawa Sanusi telah meminta kerajaan persekutuan membenarkan Kedah mengeksport ketum secara sah ke Thailand.
Beliau berkata jika dibenarkan, eksport akan mematuhi peraturan tertentu bagi memastikan ia dilakukan dengan teratur.
Beliau berkata ketum boleh didapati secara komersial di Thailand dan usahawan di Malaysia boleh memprosesnya menjadi produk siap.