Kebangkitan 10 ronin
Ah, kisah si Ronin! Kisah penghormatan, kesetiaan, dan usaha untuk penebusan. Pada suatu masa dahulu di Jepun lama, hidup seorang samurai bernama Takeshi yang berkhidmat kepada seorang tuan yang berkuasa.
Tetapi pada suatu hari, Takeshi membuat kesilapan yang amat besar yang menyebabkan tuannya terhina. Sebagai hukuman, dia diperintahkan untuk melakukan seppuku, ritual membunuh diri.
Tetapi Takeshi tidak mampu untuk melakukannya. Sebaliknya, dia melarikan diri dan menjadi ronin, samurai yang tidak bertuan. Dia mengembara di negeri itu, mencari cara untuk menebus dirinya dan memulihkan kehormatannya. Selama bertahun-tahun dia mencari, mengambil apa sahaja pekerjaan ganjil yang dia dapati, sehingga dia mendengar tentang seekor naga ganas yang telah mengganas sebuah kampung berhampiran.
Takeshi melihat ini sebagai peluangnya untuk membuktikan nilainya dan mendapatkan semula penghormatannya. Dia pergi untuk membunuh naga itu, hanya bersenjatakan pedang dan keberaniannya. Apabila dia tiba di kampung, dia mendapati naga itu telah memusnahkan sebahagian besar daripadanya. Orang ramai ketakutan dan putus asa, tetapi Takeshi berjanji untuk menyelamatkan mereka.
Dia menjejaki naga itu ke sarangnya, di mana pertempuran sengit berlaku. Naga itu sangat besar dan menghembuskan api, tetapi Takeshi adalah pantas dan mahir. Mereka bergaduh selama berjam-jam, sehingga akhirnya, Takeshi memberikan tamparan maut. Naga itu jatuh, kalah.
Penduduk di kampung itu sangat gembira dan bersyukur. Mereka mengalu-alukan Takeshi sebagai wira dan merayu agar dia tinggal dan melindungi mereka. Takeshi menyedari bahawa ini adalah peluangnya untuk menebus dan bersetuju untuk kekal sebagai pelindung mereka. Dia dikenali sebagai Pembunuh Naga, dan legendanya tersebar ke seluruh negeri.
Oleh itu, Ronin mendapat kehormatannya sekali lagi melalui perbuatan heroiknya. Kisahnya mengingatkan kita tentang pentingnya kesetiaan, penghormatan, dan pencarian untuk penebusan.
Umno kini berdepan dengan 10 ronin atau hulubalang yang telah dipecat.
Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai nama 10 ‘panglima perang’ atau ‘warlord’ UMNO yang disisihkan untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.
Memetik laporan itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, nama-nama itu akan didedahkan pada program bersesuaian.
Katanya, ketika ini barisan kepimpinan PN sedang memuktamadkan urusan berkenaan.
“Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan,” katanya.
Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan tertekan dengan desakan akar umbi yang mahukan 10 hulubalang ini kembali ke dalam Umno.
Sebaliknya Zahid menyindiri dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada beberapa bekas pemimpin parti itu yang akan menyertai PN sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris sebelum ini turut mendakwa sekurang-kurangnya 10 ‘warlord’ daripada UMNO dijangka menyertai PN sebelum PRN.
Laporan sama menyebut, selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar disebut-sebut antara individu yang akan menyertai PN.
Ditanya lanjut tentang perkembangan penyertaan Khairy dalam PN, Hamzah menjelaskan, perkara itu diserahkan kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Biarlah perbincangan berlangsung antara bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan Tan Sri Muhyiddin,” ujarnya.
Diasak dengan soalan sama ada Khairy mungkin bertanding sebagai calon PN pada PRN di enam negeri tidak lama lagi pula, Hamzah hanya tersenyum, kata laporan itu lagi.
Kini Umno sedang memainkan naratif bahawa 10 ronin ini adalah pengkhianat. Perkara yang sama dilakukan oleh maharaja Jepun.
Kita seolah-olah dapat melihatkan endingnya. Bahkan sudah ada para pemimpin Umno yang berjawatan mulai gusar dengan gerakan para ronin ini yang lebih kemas berbanding pemimpin Umno yang ada.