KebakaranNasional

Kebakaran tapak lupus sampah Pulau Burung padam sepenuhnya

SEJAK 12 Januari lalu, kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal, Pulau Pinang akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya semalam.

DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican

Selepas 20 hari, kebakaran yang berlaku itu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  berjaya dipadamkan dengan kerjasama pelbagi agensi.

“Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung telah berjaya disempurnakan sepenuhnya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran. Kerjasama bersepadu dapat mengakhiri misi ini dengan jayanya,” katanya dalam catatan di akaun Facebooknya.

Dalam kejadian pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah berkenaan seluas 11.3ha dilaporkan terbakar hingga menyebabkan kualiti udara di situ terjejas dan memberi risiko terhadap kesihatan penduduk setempat.

Kelmarin, 98% kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan berjaya dipadamkan menandakan operasi pemadaman akan berakhir selepas tiga minggu kerja-kerja memadam kebakaran dijalankan.

Susulan kejadian kebakaran itu, kawasan berkenaan turut diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dan penduduk dari dua kampung berdekatan dengan tapak pelupusan sampah itu diarah mengosongkan kediaman mereka.

Semua penduduk terbabit berpindah ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka akibat kawasan kediaman mereka tercemar dengan udara tidak sihat. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button