Politik
Keahlian Tun Faisal dalam UMNO digantung
MAJLIS Tertinggi UMNO malam ini membuat keputusan untuk menggantung keahlian Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz daripada parti itu.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Katanya, hanya seorang sahaja yang digantung keahliannya dan tiada pemecatan dibuat melibatkan ahli UMNO lain.
“Ya, seorang sahaja,” katanya ketika ditemuia media di pekarangan Menara Dato’ Onn malam ini.