Nasional

KDN beri kerjasama kepada SPRM berkait insiden KLIA-Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya tiada halangan untuk SPRM menyiasat dan mengesahkan sama ada dakwaan itu benar-benar wujud atau sebaliknya.

“Tanpa apa-apa halangan, SPRM dipelawa untuk memulakan atau meneruskan siasatan bagi menentu sahkan dakwaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya itu juga boleh melakukan tugas mereka dengan bebas dan KDN akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Hari ini, media melaporkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata, dua agensi bawah KDN iaitu Jabatan Kastam dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing

Sebelum ini media melaporkan berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa cuba “menyelamatkan” seorang wanita warga Republik China yang dinafikan kemasukannya ke negara ini sejurus tiba di KLIA.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila Tiong, Menteri MOTAC, didakwa masuk ke ruang balai ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Merujuk kepada insiden di KLIA itu, Saifuddin berkata,, beliau mengadakan perbincangan dengan Tiong berhubung kejadian tersebut dan akan membawa hasil perbincangan kepada Jemaah Menteri, Rabu ini.

Saifuddin juga berkata, pemeriksaan di pintu masuk negara oleh pegawai dan kakitangan imigresen terhadap pengunjung dari negara asing adalah amalan biasa yang juga dipraktikan oleh kakitangan imigresen di negara lain.

Menurut beliau lagi, jumlah pelawat asing yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) juga sangat kecil berbanding jumlah pelawat yang melepasi pemeriksaan imigresen dan dibenarkan masuk ke negara ini.

“Misalnya, pelawat dari China, purata bulanan antara 50 hingga 60 orang sahaja, itulah data yang kita ada. Ada juga dari negara lain tetapi keseluruhannya angka yang dikenakan NTL itu sangat kecil,” jelas beliau.

Ditanya sama ada KDN bercadang meluaskan penggunaan kamera badan dalam kalangan pegawai dan kakitangan imigresen bagi mengelakkan sebarang salah laku, beliau berkata, buat masa ini pihaknya fokus kepada anggota polis dahulu memandangkan peruntukannya sudah ada. – SUMBER FMT – SM

BACA Menteri MOTAC atau Pegawai Imigresen yang salah guna kuasa?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button