NasionalNegeri

Kayuhan MAIPs Ke-45 disertai pengurusan tertinggi JKM

PROGRAM Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli kali Ke-45 bagi tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran pengurusan tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.

Kayuhan dilakukan di sekitar Kampung Repoh dan Kampung Salang yang bermula dan berakhir di perkarangan Pejabat Perlis Volunteer Action Community (PVAC), Kampung Tok Larak Repoh, Kangar, petang semalam.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan mengetuai kayuhan ini diiringi oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Norazman Othman yang dalam rangka lawatan kerja ke Perlis dan bagi mempengerusikan Perhimpunan Bulanan JKM Bilangan 6 Bagi Tahun 2023 Zon Utara.

Hadir sama Pengarah JKM Kedah, Shaballah Zainal Abidin; Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib; dan Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin.

Hadir menyambut keberangkatan Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa.

Norazman dalam ucapannya berkata, pengamalan yang sangat menarik dan mengujakan lebih-lebih lagi apabila Pemangku Raja yang memulakan dan mengetuai program ini.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh Baginda sangat mengkagumkan di mana membuatkan rakyat lebih dekat lagi dengan Baginya yang mencetuskan pendekatan secara ini.

“Saya mengambil kesempatan untuk mempersembahkan syabas dan tahniah kepada Tuanku atas usaha dan inisiatif ini,” katanyanya.

Beliau berkata, pendekatan ini sangat menarik perhatian kerana selain dapat berjumpa dengan masyarakat, melalui kawasan kampung, JKM lebih mengetahui keadaan sebenar apa yang berlaku seperti keadaan rumah dan sebagainya.

Katanya, ia sebenarnya sedikit sebanyak membantu pihak JKM sendiri untuk kita menambah baik sebarang kekurangan dan kelemahan dari segi tadbir urus yang dikenal pasti daripada maklumbalas dan apa yan lg dilihat sendiri di lapangan,” tambah beliau lagi.

Kayuhan MAIPs Peduli merupakan satu program yang tidak asing lagi bagi rakyat di negeri ini.

Menerusi program ini, Baginda yang diiringi oleh ketua-ketua agensi di Perlis berbasikal sambil singgah di rumah asnaf-asnaf yang terpilih.

Tuanku akan menyantuni, bertanya khabar serta menghubungkan asnaf ini dengan pihak berkenaan bergantung kepada keperluan mereka.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap agar seluruh warga JKM akan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh agar mereka yang memerlukan ini akan terus terbela.

Sebelum memulakan kayuhan, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Norazman meluangkan masa melihat koleksi sumbangan pakaian terpakai yang disediakan oleh pihak PVAC dan dipersembahkan taklimat oleh Pengerusinya, Effendey Harun. – SM

BACA Raja Muda berkenan ketuai kayuhan MAIPs Peduli 83 kali 2022

BACA Kayuhan MAIPs Peduli “refleksi” Kertas Putih KKM

BACA Raja Muda berkenan ketuai Pogram Kayuhan ‘MAIPs Peduli Khas’ sempena Hari Kanser Sedunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button