Mahkamah

Kawalan keselamatan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diperketat

Keputusan kes Najib Razak hari ini

SEJAK semalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur memperkatakan tentang keputusan kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi pagi ini.

Prosiding kes-kes lain termasuk kes membabitkan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada pagi ini, diganjak ke sebelah petang.

 

Ini kerana pihak Kompleks Mahkamah awal-awal lagi menjangkan ribuan penyokong Najib akan hadir membanjiri perkarangan kompleks sebagai tanda solidariti terhadap pemimpin pilihan mereka itu.

Ternyata kemasukan para wakil media ke dalam bangunan Kompleks Mahkamah juga terbatas termasuk wartawan SUARA MERDEKA yang turut berada di lokasi tersebut.

Ini kerana saringan keselamatan oleh pihak Kompleks Mahkamah terpaksa diperketatkan dan dikawal rapi.

Selain daripada ribuan penyokong Najib yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk mengetahui apakah keputusan Mahkamah terhadap pendakwaan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC), seluruh rakyat Malaysia turut menantikan keputusannya.

Seperti yang dijangkakan, kehadiran para penyokong Najib tidak akan sempurna tanpa memakai baju berwarna biru dan merah dengan tulisan “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku” walaupun laungan-laungan itu sebenarnya tidak dibenarkan.

Logiknya penyokong yang hadir tentulah terdiri daripada Barisan Nasional (BN), UMNO, MIC dan MCA dan untuk memastikan kehadiran mereka dapat melepasi pintu pagar utama Kompleks Mahkamah yang terletak di Jalan Duta itu, seawal sebelum Subuh Safie lagilah mereka sudah berkumpul.

NAJIBJika semalam terdapat dua bas penyokong pemimpin UMNO hadir ke Mahkamah sebagai tanda sokongan, hari ini pastinya melebihi angka dua buah bas yang ada di tempat parkir kenderaan.

Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi turut hadir termasuk Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu yang ada sejak semalam, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini, Mohd. Sharim Md Zin dan bekas Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir selain penyokong Najib dari Pekan, Pahang yang menaiki bas.

Mereka hadir dengan menaruh harapan agar keputusan kes hari ini memihak kepada Najib.

Untuk rekod, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan dengan tiga ertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu  pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-enam dari 2009 sehingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button