Politik

Kata nak bina rumah yang kukuh, bila siap pahat masih berbunyi

AKU sangat tidak selesa melihat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diperlakukan seperti budak suruhan.

Bila perlu dipanggil, bila tidak diperlukan ditolak ke belakang.

Inikah contoh pemimpin yang dari latar belakang keluarga yang baik-baik. Tidak pandai menghormati air muka orang.

Ismail memang seorang yang baik. Sebab itu dia tenang sahaja. Bagaimana dengan ahli keluarga beliau, penyokong beliau?

Ismail bukannya tunggul kayu yang boleh ditendang begitu sahaja.

Setahu saya orang Jawa sangat berhemah, lihat sahaja keris sahaja disimpan di belakang dan bukan disisip di pinggang.

Pilihan raya negeri Johor kononnya diadakan bagi membolehkan UMNO dan Barisan Nasional membentuk kerajaan yang kukuh. Kini apabila menang 40 kerusi cuba lihat siapa yang disorong ke depan.

Saya dapat melihat riak wajah Datuk Seri Mohamad Hasan yang tidak selesa dengan gelagat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad selaku Pengarah PRN Johor hanya berucap pendek sekitar seminit sahaja.

Kini kecoh pula calon menteri besar Johor. Mantan menteri besar didesak menarik diri sedangkan sebelum beliau yang dijadikan pelaris untuk menarik pengundi.

Lihat apa jadi di Melaka. Raup ketika menjadi setiausaha kerja UMNO pernah memalukan Tun Ali Rustam. Akhirnya karma sampai Raup yang berangan mahukan jawatan MB telah disailang oleh orang lain dan Ali menerima angkat sumpah Sulaiman pada tengah malam.

Raup sama nasib dengan Hasni terkena kuntaw jawa dan kena penangan orang pernah dimalukannya.

Johor oh Johor ku kira rumah sudah siap segalanya, tetapi rupanya ada yang lebih kuat mengetuk pahatnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button