Negeri

Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemukan lemas dalam tali air

Terjatuh dalam tali air ketika sedang memancing

KESERONOKAN memancing bersama seorang rakan di tali air berdekatan Balai Raya Chengal Lempong berakhir sebagai tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam tali air tersebut, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity ditemukan orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans.

“Namun pasukan perubatan yang hadir mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button