Kanak-kanak lelaki 10 tahun tembak mati ibunya
SIKAP bentak yang membara dalam diri seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sanggup menembak mati ibunya gara-gara tidak memenuhi apa yang diingininya.
Kanak-kanak itu meminta ibunya membelikannya set mainan Realiti Maya melalui laman web Amazon tetapi permintaan itu tidak dipenuhi.
Menurut laporan berita NBC, kejadian malang itu berlaku sekitar pukul 6.50 pagi waktu tempatan di kediaman mereka, di Milwaukee, baru-baru ini.
Mangsa, Quiana Mann, 44, dipercayai ditembak pada jarak dekat dan peluru menembusi mata kanannya dan menembusi bahagian belakang kepala.
Selepas ibunya sudah tidak bernyawa, kanak-kanak tersebut dilaporkan membeli set Realiti Maya Oculus menggunakan akaun Amazon milik ibunya.
Menurut kenyataan kanak-kanak itu, dia tidak mengaja melepasjkan tembakan dan tidak berniat untuk menembak ibunya. – SM