Luar Negara

Kanak-kanak 8 tahun meninggal selepas makan sate

SEORANG kanak-kanak meninggal dunia selepas menikmati sate yang dibawa pulang oleh ayahnya yang bekerja sebagai penunggang teksi motosikal dalam talian.

Kejadian berlaku apabila bapanya, Bandiman, 36, membawa pulang sate untuk dinikmati bersama keluarga termasuk isteri dan dua orang anaknya pada Ahad lalu.

Namun, selepas menikmati secucuk sate, anak dan isterinya mengadu rempah makanan popular nusantara itu berasa pahit.

Tidak lama kemudian, anak bongsunya, Naba Faiz Prasetya, 8,  tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, Naba Faiz disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan.

Portal Tribune News melaporkan, pegawai polis di Sewon, Yogyakarta, Kompol Suyanto memberitahu sate yang dibawa pulang Bandiman itu bukanlah dibelinya sendiri.

Sebaliknya, makanan itu diberikan oleh seorang pembeli sate yang membelinya secara dalam talian, namun menyerahkan kepada Bandiman atas alasan tidak kenal pengirimnya.

Walau bagaimanapun, Ketua Ikatan Dokter Indonesia (IDI) Wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta, Dr. Joko Murdiyanto enggan mengulas kes kematian itu berkait dengan pembunuhan.

Menurutnya, siasatan dan ujian makmal perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang ulasan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Malah, beliau juga menyifatkan kejadian tersebut sebagai sensitif kerana melibatkan kematian seorang kanak-kanak di bawah umur.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk setempat supaya berhati-hati ketika membeli makanan dengan mengambil kira tahap kebersihan premis dan cara masakan. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button