Nasional

Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri Presint 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya pagi tadi.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.50 pagi, lapor Sinar Harian.

Kanak-kanak itu dilaporkan ditemui terbaring di atas jalan di bawah unit pangsapuri di Presint 9.

Dia dibawa ke Hospital Putrajaya dengan ambulans di mana dia disahkan meninggal dunia.

Asmadi berkata, mangsa mengalami kecederaan parah. Punca jatuh sedang disiasat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button