NasionalSukan

 “Kami terpaku depan tv”- ibu bapa Abdul Latif

LEBIH dua jam ibu dan bapa Abdul Latif Romly terpaku di depan TV hanya untuk memberi sokongan terhadap anak bongsu mereka yang beraksi dalam acara Lompat Jauh T20 (masalah pembelajaran) di Sukan Paralimpik 2020 yang berlangsung di Stadium Olimpik, Tokyo, hari ini.

Kakak Abdul Latiff, Siti Aminah, 34, ketika dihubungi wartawan SUARA MERDEKA berkata, beliau cuba untuk memberi minuman kepada ayah,  Ramly Mat, 70, dan  ibunya , Salmah Yatim, 63, bagi membasahkan tekak tetapi tetap ditolak.

“Malah kedua ibu dan ayah tidak mahu berganjak langsung dari depan TV dan tidak putus-putus keluar dari bibir mendoakan kejayaan Abdul Latif,” katanya.

Siti Aminah berkata, mereka sekeluarga telah menonton siaran langsung itu di rumah yang dihadiahkan oleh kerajaan negeri kepada Abdul Latif di Taman Emas, Beseri dekat Kangar.

Abdul Latif, 24, telah berjaya membawa pulang pingat emas ketiga negara dengan mencatatkan lompatan 7.45 meter.

Related Articles

Kata Aminah, apabila kemenangan diumumkan, kedua ibu bapanya terus mengalirkan air mata kegembiraan.

Siti Aminah berkata, kesedihan ini menjadi berganda kerana Abdul Latif tidak bertemu keluarga sejak tujuh bulan lalu demi menjalani latihan.

“Kami sekeluarga bersyukur dengan pengorbanan Abdul Latif yang akhirnya  membuahkan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga tidak menaruh harapan tinggi sekalipun yakin dengan keupayaan Abdul Latif pada temasya sukan dunia ini.

“Kami tetap mendoakan Abdul Latif supaya berjaya mengulangi kejayaan membawa pulang emas negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016,” katanya.

Siti Aminah berkata, ini kerana Abdul Latif kali ini cuma menumpukan pada latihan di dalam negara.

Katanya lagi, Abdul Latif juga tidak terdedah kepada kejohanan di luar negara disebabkan pandemik Covid-19.

Apapun kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan keluarga Abdul Latif malah menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat negeri Perlis amnya dan rakyat Malaysia khasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button