Jenayah

Kamal Adli diserang dengan cota ketika melayan wanita berkerusi roda bergambar

KUALA LUMPUR: Aktor popular tanah air, Kamal Adli cedera teruk di kepala selepas dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan cota di Singapura, malam tadi.

Menurut isterinya yang juga pelakon Uqasha Senrose, insiden itu berlaku selepas kedua-dua mereka menghadiri suatu acara di kotaraya itu.

Ekoran kecederaan yang dialami Kamal itu juga, Uqasha berkata, suaminya dikejarkan ke hospital dan perlu ditidurkan sebelum dibedah.

Uqasha mendakwa, kejadian itu berlaku semasa mereka berdua melayan permintaan seorang wanita berkerusi roda yang mahu merakamkan gambar kenangan sekitar pukul 9 hingga 10 malam.

“Saya dan Kamal bergambar dengan mak cik itu. Tiba-tiba, datang seorang lelaki dan bertanya, Kamal mana? Kami fikir dia peminat.

“Kamal kemudian tegur lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu keluarkan cota dari poket dan pukul belakang kepala Kamal berkali-kali.

“Darah Kamal berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul tulang pipi. Lelaki itu kemudian pukul berkali-kali pada badan Kamal,” dakwa Uqasha kepada portal BH Online yang menghubunginya di Singapura.

Tidak lama selepas insiden berkenaan, Uqasha berkongsi video pendek di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Dalam tangisan, Uqasha menulis nota memohon doa orang ramai untuk suaminya yang terpaksa  menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

“Saya tidak boleh masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma, saya boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.

Tidak hanya menyerang Kamal, bahkan, dakwa Uqasha lagi, adik-beradiknya yang bersama-sama dengan mereka ketika insiden itu turut diugut individu terbabit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button