Politik

Kalau jerat Muhyiddin mengena, dapat pikat rakyat!

RAMAI yang bertanya kepada saya, PRU15 ini nak pangkah siapa? Oh! Pangkah siapa. Bukan parti. Saya terdiam sebab ini soalan cepu cemas yang dilontarkan.

Ada juga yang berbisik ke telinga saya, “strategi serampang dua mata digunakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih agresif dengan isu Majlis Pemulihan Negara (MPN). Itu juga isu ekonomi.

“Dia tunjuk pada kita rakyat yang dia buat kerja.”

Hah! Saya diam sebab tak boleh nak menafikan MPN yang bermesyuarat setiap bulan mempunyai hala tuju yang positif untuk rakyat termasuk membangunkan ekonomi.

Ekonomi, kata kita golongan rakyat biasa-biasa ialah kerja, gaji, meniaga, untung. Itu maksudnya. Kalau nak cerita pasal pelabur dan pelaburan, biarlah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cerita.

Seorang lagi datang kepada saya dan berkata, “Tan Sri Muhyiddin Yassin buat gerakan dalam senyap!”

Hah? Saya terlopong sebab ayat itu dalam maksudnya.

Sambung si polan itu, “Maksud aku, dia bergerak dengan program dan aktiviti walaupun orang lain dok sibuk mencanang calon dan parti.

“Menerusi program dan aktiviti yang dia gerakkan, rakyat menilai. Aku menilai. Satu undi pun penting. Jadi penentu menang ke kalah!

“Dengar kata, Tan Sri Muhyiddin nak buat moratorium sementara untuk bantu rakyat. Itu kalau betul. Sebab semasa dia jadi Perdana Menteri, kita semua kali pertama berhadapan dengan Covid-19, dia umumkan moratorium tiga bulan.

“Bank pun tak rugi. Rakyat dapatlah bernafas. Jadi, kalau betullah Abah nak buat moratorium sementara itu, kenalah dia jadi Perdana Menteri.”

Krik krik… krik krik…

Pagi ini, borak online sementara nak telan ubat darah tinggi, seorang akak ni kata, “Ada kajian dibuat tentang Muhyiddin Yassin. Dia top lah!

“Kajian tu kata, Muhyiddin jadi individu paling popular dalam kalangan pemimpin tertinggi parti politik.

“51 peratus responden berkenan kat Muhyiddin.”

Sekarang pengundi berdaftar tunggu apakah manifesto yang akan dibawa oleh PN selain bai’ah atau akujanji TIADA RASUAH.

Sabtu ini, 5 November ialah hari penamaan calon. Dan semalam, Barisan Nasional (BN) kata akan bertanding di 222 kerusi pada PRU15, 19 November.

Kita rakyat, kita pengundi, biar bijak dalam buat pilihan sebab kita tak nak hidup dalam kesusahan, kita nak ekonomi negara kita rancak dan padu! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button