Kalau DAP boleh buat pemilihan, kenapa UMNO tidak boleh?
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak parti itu untuk mengadakan pemilihan pada Mei ini sebagai menghormati hak demokratik anggota untuk memilih pemimpin.
Katanya, atas semangat demokrasi, pemilihan parti harus diadakan pada Mei kerana tempoh untuk semua yang memegang jawatan akan berakhir pada tarikh itu.
“Dengan mengadakan pilihan raya, akan menunjukkan bahawa kita telah memenuhi kata-kata kita. Marilah kita menjadi pihak yang mematuhi sistem yang kita sendiri buat.
“Walaupun ada peruntukan untuk menunda pemilihan, tetapi semangat dalam perlembagaan parti supaya pemilihan diadakan setiap tiga tahun sekali harus diikuti, tanpa penundaan.
“Sekiranya DAP dan parti-parti lain dapat melakukannya tanpa berlengah, maka UMNO tidak mempunyai alasan untuk tidak melakukannya, sebagai sebuha parti matang yang telah wujud sejak sekian lama,” katanya di Permatang Pauh hari ini.
Reezal sebelum itu telah merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang.
Mengani rakaman perbualan yang dikaitkan dengan Presiden UMNO Datuk Serimmno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Reezal mengatakan dia sangat “terganggu” oleh audio itu. – SM