Ekonomi

Program BIT lahirkan 100 usahawan jutawan PKS setahun

TIADA yang mustahil sekiranya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan membantu 100 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjadi jutawan setiap tahun.

Sasaran optimis itu boleh direalisasikan menerusi program transformasi perniagaan kecil yang dinamakan sebagai Program Business In-Transformation (BIT).

Untuk rekod, BIT telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan seramai 130 orang penaiga kecil telah menyertai program tersebut.

Daripada jumlah penyertaan itu, lima jenama iaitu MD Putu Bambu World, L Pizz, D’Apple, Otak- Otak JB dan House of Mind Excellence (HOME) telah berjaya menerima lesen francais daripada pendaftar francais.

“MD Putu Bambu World memulakan perniagaan di pasar malam dengan modal RM1,000 dan hari ini, ia menjadi salah satu jenama francais tempatan dengan memiliki 70 rantaian cawangan di seluruh negara,” kata Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataannya, baru-baru ini.

Beliau berkata, program BIT disasarkan kepada golongan berkenaan untuk terus melahirkan lebih ramai usahawan baharu khususnya dalam kalangan Bumiputera untuk masuk ke bidang francais dan pra-francais.

Tambah beliau, progam BIT merupakan inisiatif MEDAC dan agensi dibawahnya, PNS, membantu para usahawan BIT mempromosikan pakej dan model perniagaan mereka dan membuka peluang kepada para peserta menceburi bidang keusahawanan khsusnya perniagaan francais mikro.

Kata beliau lagi, MEDAC akan terus membantu para peniaga kecil untuk mentransformasikan perniagaan mereka supaya dapat bersaing dengan jenama-jenama besar, seterusnya dapat dikembangkan ke peringkat global.

“Saya percaya perniagaan francais merupakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PNS akan meneruskan mandate yang diberikan untuk membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan francais seterusnya memperbanyakkan lagi produk francais tempatan,” katanya.

Masyarakat mempunyai persepsi perniagaan francais memerlukan modal yang besar. Kini masyarakat berpeluang menceburi perniagaan francais kerana terdapat pakej mampu milik, katanya. – SM

 

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button