“Kalau cuba nak rampas, silakan.. kita siap dengan keris,” – Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan ugutan sesetengah pihak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini, malah ‘mempersilakan’ tindakan sedemikian.
Presiden PKR itu berkata, walaupun menerima pelbagai desakan, tekanan dan ugutan, beliau menegaskan tidak gentar bahkan bersedia untuk menghadapi sebarang serangan yang direncana untuk menjatuhkannya.
Justeru, beliau mengambil kesempatan melalui Kongres Khas PKR untuk ‘melepaskan’ apa yang tersemat dalam hatinya selepas ‘terpaksa’ bersabar dengan serangan selama empat bulan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Ini gelanggang saya (kongres) Parti Keadilan Rakyat. Empat bulan saya bersabar. Saya bicara secara teratur dan bicara sebagai seorang Perdana Menteri.
“Hari ini, saya bicara sebagai seorang Presiden Keadilan (PKR), gerakan reformasi. Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, mahu ugut (supaya) kita takut bertindak kepada orang perasuah sebab salah pilih seorang Perdana Menteri.
“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan. (Kalau) kamu cuba nak rampas (pentadbiran kerajaan) silakan tetapi tidak mudah.
“Kita siap dengan keris…membujur lalu melintang patah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Kongres Khas PKR semalam.
.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.