Nasionalpilihan

Kakitangan hospital mohon maaf di papan notis pesakit kena tunggu lama

KAKITANGAN di sebuah hospital di Kedah telah menulis permohonan maaf di papan notif sekoran pesakit terpaksa menunggu lama hingga lima jam.

Permohonan maaf itu turut disertakan dengan  luahan masalah yang dihadapi oleh petugas perubatan di hospital berkenaan.

“Selamat pagi, minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor, masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam. Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi ke hospital swasta.

“Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan dan puan faham. Minta maaf,” tulisnya.

Permohonan maaf itu telah tular di media sosial.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button