Luar Negara

Kadar kematian COVID-19 di Itali turun walaupun 15,362 maut

ITALI pada Sabtu melaporkan 681 kematian akibat coronavirus menjadikan angka korban setakat ini 15,362 – tertinggi di dunia – tetapi mengesahkan penurunan dalam kadar kematian.

Trend yang perlahan baru-baru ini itu didaftarkan dalam peningkatan jangkitan, seolah-olah menyokong harapan kerajaan dalam mengurangkan kemuncak jangkitan.

Kes jangkitan semasa meningkat 3.3% pada Jumaat kepada 88,274.

Bilangan yang pulih juga terus meningkat kepada 20,996 kes, lapor Anadolu Agency.

Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Angelo Borrelli berkata, data Sabtu menunjukkan untuk pertama kalinya sejak awal kemuncak COVID-19, penurunan jumlah pesakit yang dirawat secara intensif jatuh sebanyak 74.

“Ini petanda penting untuk hospital kami yang akhirnya dapat menarik nafas lega,” kata Borrelli dalam sidang media rutin semalam.

BACA

Pusat episod wabak Itali kekal di utara Lombardy, yang kini menganggarkan 8,656 mangsa, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pesakit pandemik tersebut.

Untuk memastikan penguatkuasaan perintah berkurung yang berterusan, kerajaan Itali pada Rabu memperluaskan pengawalan yang menghalang kebanyakan aktiviti pengeluaran dan perniagaan di negara itu selama dua minggu lagi sehingga sekurang-kurangnya 13 April ini.

Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata, kerajaan akan mula melembutkan pengawalan hanya apabila saintis meluluskan langkah itu, namun tidak menetapkan tarikh tertentu.

Pada Sabtu, seorang anggota polis yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk Conte meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.

Giorgio Guastamacchia, 52, diuji positif coronavirus akhir bulan lalu. Dia kemudian dimasukkan ke hospital di Rom sebelum dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaan yang serius.

Kerajaan Itali berkata buat masa itu Guastamacchia didapati tidak ada kontak dengan Conte sekurang-kurangnya dua minggu. Conte bagaimanapun diuji negatif.

Sejak muncul di Wuhan, China, Disember tahun lalu, koronavirus tersebut telah merebak ke sekurang-kurangnya 181 negara dan wilayah, menurut data yang dikumpulkan oleh Universiti Johns Hopkins yang berpusat di Amerika Syarikat.

Data menunjukkan lebih 1.1 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan angka kematian global melebihi 62,300 orang dan lebih 235,700 pulih. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button