Luar Negara

Sepanyol sudah atasi atasi Itali dalam jumlah kes Covid-19

SEPANYOL kini sudah mengatasi Italia sebagai negara dengan kes COVID-19 terbanyak di dunia.

Kes itu di Sepanyol mencecah 124,736 pada Sabtu mengatasi kes yang dicatatkan Itali iaitu sebanyak  124,632, lapor agensi berita Xinhua seperti yang dipetik oleh BERNAMA

Sepanyol melaporkan 809 kematian baharu antara Jumaat dan Sabtu, menjadikan keseluruhan 11,744.

Jumlah kes disahkan setakat ini 124,736 berbanding 117,710 sebelum ini. Kes baharu dicatatkan pada Sabtu sebanyak 7,026 sedikit menurun berbanding Jumaat berjumlah 7,472.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata pada Sabtu lockdown akan dilanjutkan lagi.

“Lockdown selama tiga minggu dilihat dapat memperlahankan rantaian jangkitan, jumlah orang ke hospital sedikit menurun dan mereka yang dibenarkan keluar wad meningkat,” katanya.

Sementara itu, di Itali setakat Sabtu, virus maut itu telah meragut 15,362 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 124,632, menurut data terbaru dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam.

Sepanyol dan Itali, dua negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Itali pada Sabtu melaporkan 681 kematian akibat coronavirus menjadikan angka korban setakat ini 15,362 – tertinggi di dunia – tetapi mengesahkan penurunan dalam kadar kematian.

Trend yang perlahan baru-baru ini itu didaftarkan dalam peningkatan jangkitan, seolah-olah menyokong harapan kerajaan dalam mengurangkan kemuncak jangkitan.

Kes jangkitan semasa meningkat 3.3% pada Jumaat kepada 88,274.

Bilangan yang pulih juga terus meningkat kepada 20,996 kes, lapor Anadolu Agency.

Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Angelo Borrelli berkata, data Sabtu menunjukkan untuk pertama kalinya sejak awal kemuncak COVID-19, penurunan jumlah pesakit yang dirawat secara intensif jatuh sebanyak 74.

“Ini petanda penting untuk hospital kami yang akhirnya dapat menarik nafas lega,” kata Borrelli dalam sidang media rutin semalam.

Pusat episod wabak Itali kekal di utara Lombardy, yang kini menganggarkan 8,656 mangsa, lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pesakit pandemik tersebut.

Untuk memastikan penguatkuasaan perintah berkurung yang berterusan, kerajaan Itali pada Rabu memperluaskan pengawalan yang menghalang kebanyakan aktiviti pengeluaran dan perniagaan di negara itu selama dua minggu lagi sehingga sekurang-kurangnya 13 April ini.

Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata, kerajaan akan mula melembutkan pengawalan hanya apabila saintis meluluskan langkah itu, namun tidak menetapkan tarikh tertentu. – SM

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button