Ekonomi

Kadar DEA tahun ini 18.33 peratus setakat 15 April – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Asas Tahun 2022 setakat 15 April lalu adalah pada kadar 18.33 peratus.

Perdana Menteri berkata, sehubungan itu Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara (JP4N) telah diwujudkan bagi menangani cabaran utama dalam pengagihan DE.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 bersetuju supaya ketua setiausaha semua kementerian melaporkan status perbelanjaan DE kepada menteri masing-masing setiap bulan supaya tindakan segera diambil untuk percepatkan pelaksanaan projek.

“Mesyuarat turut meluluskan rangka kerja untuk memantau prestasi beberapa petunjuk merangkumi tiga komponen iaitu kemakmuran, inklusiviti dan kemampanan.

“Antaranya termasuklah pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan isi rumah, peningkatan daya saing dan produktiviti, peningkatan sumbangan industri berimpak tinggi kepada ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar, pembangunan negeri yang seimbang dan kemampanan dan daya tahan alam sekitar,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh empat menteri kanan serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat secara dalam talian.

Terdahulu beliau mempengerusiakan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 kali pertama bagi tahun ini. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh empat menteri kanan serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat secara dalam talian.

Sementara itu, katanya, mesyuarat itu juga membincangkan strategi membasmi miskin tegar menjelang 2025.

Sehubungan itu, katanya, bagi fasa pertama Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) bermula bulan ini, ia akan melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 5,000 ketua isi rumah (KIR).

“Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 lokaliti akan dipilih sehingga penghujung tahun 2025.

“Berkenaan Perancangan Projek Tebatan Banjir berjumlah RM15 bilion bagi tempoh lapan tahun, Kementerian Kewangan sedang memperincikan kaedah pembiayaan dan perancangan secara holistik merangkumi projek jangka pendek, sederhana dan panjang,” ujarnya. – SM

Baca artikel ini > Bank dunia beri amaran, pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh merosot kepada 4.8%

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button