‘’Kadang-kadang rasa artis ni buat umrah macam stay vacation je’’- Eyka Farhana diperli netizen
PELAKON, Eyka Farhana yang baru sahaja pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci mencetuskan kontroversi apabila dilihat berpakaian seksi di Minggu Fesyen Kuala lumpur baru-baru ini yang berlangsung di KLCC.
Menerusi laman Instgram yang dimuat naik olehnya, kelihatan baju yang dipakai oleh pelakon berusia 29 tahun itu menampakkan pahanya ketika menonton fesyen rekaan Alia Bustanam.
Ada segelintir netizen meninggalkan ruang komen di Instagramnya mengatakan seolah-olah tiada perubahan berpakaian walaupun sudah menunaikan umrah.
Selain terkenal dalam bidang lakonan, wanita bertubuh genit ini juga merupakan pempengaruh dalam bidang fesyen dan kecantikan.
Wajahnya sering menghiasi kempen-kempen jenama antarabangsa dan dia sememangnya sinonim dengan imej seksi.
Eyka juga dilihat berjalan di atas pentas KLFW sebagai ‘muse’ untuk jenama produk kecantikan L’Oreal Paris.
Terdahulu Eyka berkongsi keindahan beribadah dengan mengenakan jubah dan bertudung litup semasa mengerjakan umrah Tanah Suci.
Pada pertengahan Julai lalu, Eyka dan beberapa orang rakan selebriti termasuklah Bella Astillah dan Ezaidi Aziz telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Ketiga-tiga mereka terlibat dengan drama terbaru berjudul Satu Hari Nanti yang kini sedang dalam penggambaran.
Artikle Berkaitan :>
Seksi itu subjektif, saya memang pakai crop top atau skrit – Eyka Farhana
Eyka Farhana Selesa Dedah Aurat Kepada Peminat Dalam Bulan Ramadan?