Nasionalpilihan

Jurukimpal kena penjara, satu sebatan gara-gara nodai budak tahun enam

SEORANG jurukimpal dikenakan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menodai kekasihnya yang merupakan murid tahun enam di Bachok, kira-kira dua minggu lalu.

Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Berdasarkan kertas pertuduhan tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 11 tahun sembilan bulan dalam sebuah bangunan di Jelawat, Bachok dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam pada 4 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulbasysyar Saharudin.

Terdahulu, Ahmad Faiz memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat bahawa perbuatan tertuduh adalah serius kerana melibatkan perlakuan seksual terhadap mangsa bawah umur.

Muhammad Zulbasysyar dalam rayuannya memohon mahkamah supaya menetapkan hukuman paling minimum memandangkan tertuduh sudah mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

“Anak guam saya bekerja sebagai jurukimpal dengan gaji harian sebanyak RM40 selain perlu menyara isteri, anak kecil berusia lapan bulan dan kedua ibu bapanya yang menghidap penyakit angin ahmar,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button