Politik

Jumpa di mahkamah kata Akmal Saleh kepada Teresa

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang mahu menyamannya.
Malah kata Akmal, beliau bersedia berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
“Dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia nak bawa saya ke mahkamah, mempertimbangkan nak saman saya di mahkamah.
“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok… Bawa ke mari. Saya tidak takut, tidak menyerah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran video semalam.
Teresa sebelum ini ada berkata sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button