Nasional
Jumlah kes baharu Covid-19 turun mendadak, terendah dalam tempoh tiga minggu
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 5,271 kes baru Covid-19 hari ini.
Ini merupakan penurunan kes baru untuk empat hari berturut-turut dan angka terendah dalam tempoh tiga minggu.
Jumlah kes baru di Selangor menurun kepada 1,374 kes – pertama kali kurang daripada 2,000 sejak 18 Mei.
Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:
- Selangor – 1,374
- Sarawak – 703
- Negeri Sembilan -571
- Kuala Lumpur – 455
- Johor – 355
- Kelantan – 341
- Sabah – 336
- Labuan – 209
- Kedah – 194
- Melaka – 178
- Perak – 177
- Pulau Pinang – 153
- Terengganu – 117
- Pahang – 99
- Putrajaya – 8
- Perlis – 1