NasionalNegeri

Jualan beras RM1 laris setengah jam di Kangar

BERAS lima kilogram (kg) berharga RM1 laris dalam masa setengah jam sahaja di Kangar. Jualan Beras RM1 anjuran Misi Rakyat kali ini diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Food Cabin Kampung Sena, Kangar mulai pukul 9 pagi ini.

Orang ramai berpusu-pusu berbaris sejak awal pagi bagi mendapatkan beras RM1. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Hebahan Jualan Beras RM1 ini disebar melalui media sosial sejak beberapa hari lepas yang memilih Perlis sebagai destinasi program ini.

Ramai yang terpaksa pulang kehampaan kerana kupon jualan beras RM1 hanya terhad kepada 1,000 orang sahaja.

Orang ramai membayar RM1 sahaja pada jualan beras program Misi Rakyat di UTC Food Cabin Kampung Sena, Kangar hari ini.

SUARA MERDEKA difahamkan orang ramai sudah mula berbaris untuk mendapatkan kupon selepas solat Subuh lagi.

Pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi

Sementara itu Pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata, Perlis merupakan destinasi ke empat bagi jualan beras RM1.

“Selepas ini kemungkinan kita akan ke Pulau Pinang,” katanya.

Nur Ahmad Faiz berkata, pihaknya juga telah memilih 100 asnaf untuk program ini.

Katanya, semoga misi ini berjaya membantu mereka yang tidak mampu memiliki sekampit beras dengan harga RM1.

Beliau berkata, program yang dikendalikan sepenuhnya oleh 40 penghantar makanan ‘Misi Food Delivery’ di Perlis ini telah berjalan dengan lancar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button