Politik

Joohari calon PH untuk PRK DUN Sungai Bakap

Pakatan Harapan (PH) menamakan bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai depan.

Pemilihan itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di pekarangan tapak parkir sebuah pasar raya di Bandar Tasek Mutiara, di Nibong Tebal.

Rafizi berkata, Joohari yang lahir di Permatang Pasir Seberang Perai, di sini membesar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap dipilih menjadi calon selepas direstui oleh semua pimpinan kerajaan Perpaduan.

“Calon yang kita tampil ini adalah kena dengan kehendak (rakyat) yang pertama adalah anak tempatan yang boleh jaga orang di sini,” katanya.

Related Articles
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button