Ekonomi

Jongkong emas menanti bakat baharu dalam pencarian ‘’Air Tangan Emas’’

BUAT julung kalinya Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERKESA) bakal menganjurkan satu pertandingan pencarian JOM “Jewels Of Malaysia” atau ‘Air Tangan Emas’ dengan menawarkan hadiah jongkong emas seberat 1 kilo dan diterbangkan ke London untuk Kursus pendek dalam bidang senireka di University of Arts London.

Jika sebelum ini PERKSESA mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang exclusive dan memiliki keunikan rekaan tradisi melayu seperti Gong, Congkak, Buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri, dan motif flora yang terkenal di Malaysia.


Namun pada pertandingan ini,Pengerusi PERKESA, Datin Dr., Raskidah Ali berkata, penganjuran kali ini terbuka untuk semua negara jiran serantau dan mengikut kreativiti masing-masing.

‘’Pertandingan ini ada 5-6 ketogeri, klasik, moden, rekaan tempatan, rekaan paling solid dengan rekaan termuda. Had umur pula dari 19 ke 30 tahun, terbuka hanya untuk individu sahaja, yuran kurang dari RM200 malahan kami juga menyediakan insurans pada peserta.

‘’Kita akan buat seperti program realiti, semua peserta akan dikumpulkan pada satu tempat selama 5 hari, jika mereka tunjukkan minat, bakat dan kesuguhan dan kita daftarkan khusus Diploma atau sijil senireka Jewels.

”Mereka ini secara tidak lansung kita akan bantu untuk mendapatkan pekerjaan”. Katanya pada sidang media yang berlasung baru-baru ini di sekitar Kuala Lumpur.


Menariknya pencarian bakat ini turut mengalu-alukan penyertaan dari pelajar IPTA dan IPTS sekaligus bakal melahirkan bakat-bakat muda dengan idea yang segar dari golongan ini.

JOM akan bermula pada Ogos di Johor Bharu mewakili Zon Selatan, September di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur, Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, November di Sabah dan Sarawak dan akan berakhir pada Disember di Kuala Lumpur.

Juri akan diadili dari wakil negara Indonesia, Turki, University Of Art London dan juri tempatan dua orang.

Pada peringkat akhir, JOM akan pilih 2 pemenang dari setiap kategori dari 5 negeri tersebut untuk di bawa ke Kuala Lumpur untuk di adili pada peringkat akhir.

Pada Peringkat akhir pertandingan ini akan mengumpulkan ke semua peserta akhir dalam satu tempat. Dan di sinilah mereka akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan yang telah di berikan.

Selain itu, kehadiran artis popular Haqiem Rusli yang akan menyanyikan lagu tema bakal menjalin kerjasama dengan penganjur sepanjang sesi pencarian bakat baharu ini sebagai Duta JOM.

Artikle Berkaitan :>

Jangan terlalu ghairah sangat nak beli barang kemas dengan harga murah

Angkara Gadai Barang Kemas, Pembelian Gelang Tangan Emas Melonjak!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button