Info

Jom singgah di Kejap Food, pertama di Perak

TRONOH – Pembukaan premis Kejap Food di stesen minyak Shell Tronoh memberi kelainan baharu kepada penggemar makanan.

Terletak di lokasi strategik Lebuhraya Lumut Ipoh, ini membolehkan pengguna lebuh raya singgah menikmati hidangan yang cukup lazat serta menyelerakan di premis tersebut.

“Anda semua perlu singgah di sini untuk rasai sendiri makanan makanan yang tersedia. Lokasinya di tengah-tengah lebuh raya antara Lumut ke Ipoh iaitu berada di stesen minyak Shell Tronoh.

“Apabila menyelusuri lebuh raya ini, anda boleh singgah di sini untuk mengisi minyak dan menikmati pelbagai menu yang ada di Kejap Food Shell Tronoh,” kata Nabilah Kashogy yang merupakan Duta Kejap Food Shell Tronoh.

Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya kebab.

Ada 6 pilihan kebab termasuk ayam dan daging seperti Kebab Ayam Sambal Pedas, Kebab Ayam Buttermilk dan Kebab Daging Hitam.

Turut disajikan ialah 6 pilihan nasi antaranya Ayam Sambal Pedas, Ayam Sambal Hijau serta Ayam sambal penyet.

Kejap Food menyediakan pilihan hidangan secara ala-carte dan set.

Setiap set diberikan sekali dengan air dan juga kentang goreng.

Sekiranya mahukan hidangan yang ringan, terdapat juga keropok lekor, karipap, pisang goreng, popcorn sotong dan ayam.

Tidak ketinggalan kegemaran pilihan pelanggan di sini iaitu roti aiskrim dan bubur.

Kata Nabilah Kashogy lagi, tidak lengkap sekiranya pengguna yang melalui Lebuhraya Lumut Ipoh tidak singgah di sini dan merasai sendiri semua menu sambil berehat.

Minuman White Coffee di sini juga mampu menyegarkan diri untuk kembali meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button