Jom cuba makanan tradisi jawa ‘Punten Jawa’
PUNTEN Jawa merupakan makanan tradisi dari orang Jawa, makanan ini selalunya popular di kawasan sekitar selangor seperti, Sabak Bernam, Sekichan dan Sungai Besar manakala di Johor pula terdapat di Parit Jawa dan Muar.
Rasanya yang enak berlemak ditambah dengan sambal hijau membangkitkan aroma deria untuk menambah lagi ke dalam pinggan.
2 pot beras
6 pot air + santan ( 1 kotak kecil santan kara )
Sedikit garam bagi rasa lemak. Janganlah pula letak sekilo..
daun pandan.
Cara Membuat:
1.Cuci beras sampai bersih, lepas itu masuk santan, minyak, daun pandan, garam. Masak macam masak nasi lemak dalam rice cooker.. biar sampai betul2 kering airnya..
2.Lepas tu bila dah kering airnya, matikan api. Kacau dan tumbuk dengan potato masher sampai nasi tu agak liat nak ditombok
3. Sampai dah lumat, kepal2 sikit bentuk lonjong pastu golek-golek kat tapak tangan yang dilapik plastik tu dengan senduk lonjong melengkung smpai cantik kejadiannya.
SAMBAL :
Sengenggam cili api. Nak pedas berdengung tambah lagi lah. Ikut suka nak banyak mana
7-8 biji Bawang merah
3-4 ulas Bawang putih
2 genggam Ikan bilis (Sengenggam aje yang di blend. Selebihnya nanti tabur aje dalam sambal masa dimasak nanti).
Sedikit belacan jika suka
Garam dan gula secukup rasa
1-2 keping Asam keping
Cara Membuat:
Blend dan tumis je semua dan bila dah masak bolehlah digandingkan dengan punten tadi.
Perkongsian dari Facebook : Rashidah Ahmad
Artikle Berkaitan >
Jom cuba resepi roti Garlic and Butter di rumah bersama anak-anak