Nasional
Johari Ghani santuni penduduk di Parlimen Titiwangsa
BEKAS Menteri Kewangan 2, Datuk Johari Abdul Ghani menyantuni penduduk di kawasan Parlimen Titiwangsa yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Program Program Terus Berbakti – Bantuan Covid19 Siri Ketiga itu telah diadakan di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel hari ini.
“Dikala wabak Covid19 ini masih belum lagi berakhir, kebimbangan saya adalah pada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di Parlimen Titiwangsa ini.
“Ini kerana ramai diantara mereka masih berusaha dan bergelut dalam mencari pekerjaan bagi memastikan dapat menanggung keluarga masing-masing.
“Oleh itu, inisiatif bantuan barangan dapur ini saya usahakan agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu melangsungkan kehidupan mereka dan keluarga,” katanya dalam hantara di Facebook.