Nasional

Johari Ghani lawat Wan Rosdy di IJN

NAIB Presiden UMNO, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani melawat rakan sejawatnya dalam parti itu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara (IJN).

Menteri Besar Pahang itu  menerima rawatan di IJN, Kuala Lumpur bermula pada 7 Jun 2024 sehingga satu tarikh yang akan ditentukan oleh pihak doktor.

“Petang tadi, saya berkesempatan menziarahi Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara (IJN).

“Alhamdulillah keadaan beliau semakin baik. Sama-sama kita doakan agar beliau diberi kesembuhan seperti sediakala, InsyaAllah,” kata Johari dalam hantaran di platform X. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button