Politik

Jika objektif utama adalah menghancurkan UMNO…

ANALISIS

SEJAK dulu lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan bagi ‘membunuh’ UMNO Barisan Nasional (BN). Itulah sebabnya PPBM menubuhkan Pakatan Harapan (PH) untuk mengalahkan BN.

Hasrat dan cita-cita itu akhirnya berjaya menghasilkan  keputusan yang dihasratkan. BN tumbang untuk kali pertama dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Apabila 22 bulan mentadbir negara yang diterajui oleh PPBM, walau pun mempunyai kerusi yang sedikit, populariti  PH merundum. PPBM menjadi cuak bahawa mereka sudah tidak diterima lagi oleh pengundi. Pilihan Raya kecil (PRK) demi PRK mereka tewas dan ini tidak memberikan kelebihan kepada PPBM.

Akhirnya timbul perasan untuk ‘bercerai talak satu’ dengan PH dan rakan-rakan yang lain.

Pada ketika itu wujud perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana puak-puak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, juga dikenali sebagai Puak AA, mula mahu menyelamatkan diri mereka. Mereka tahu jika Puak AA ini berada dalam PH maka segala kenikmatan menjadi Menteri akan hilang.

Related Articles

PPBM bersama atau ‘plus’ Puak AA bergerak keluar PH maka kerajaan PH tumbang dengan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi hasrat untuk menghancurkan UMNO BN masih membara di dalam PPBM bersama Puak AA yang memang membenci UMNO sejak 22 tahun lalu.

PPBM sedar bahawa mereka tidak mempunyai cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Oleh itu melalui Muafakat Nasional (MN), PPBM dan Puak AA ‘meminta nyawa’ untuk hidup bersama-sama membentuk kerajaan.

UMNO BN dan PAS melalui MN telah bersetuju dan bersetuju juga agar Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri.

Inilah pergorbanan UMNO BN dan PAS yang memberikan ‘nyawa’ politik kepada PPBM dan Puak AA ini namun sekiranya difikirkan “panas itu sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari”.

PPBM yang telah mula mengorak langkah menggunakan kuasa yang ada, menindas UMNO satu demi satu. Hanya atas sebb mereka mahu memastikan UMNO mati dan tidak bernyawa.

Hasrat PPBM untuk melenyapkan UMNO tidak pernah padam. Apatah lagi Puak AA yang memang mahu melihat UMNO mati.

Maka PPBM yang kini berkuasa sudah tidak membantu UMNO. UMNO dilambakkan dengan tuduhan politik oleh PH, tidak langsung dibantu oleh PPBM yang mahu melihat ahli-ahli UMNO yang dikenakan pertuduhan undang-undang, merengkuk ke dalam.

Apa yang menghairankan, sampai sekarang tiada pula pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang

Samalah juga dengan tidak ada pula siasatan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga bekas Peguam Negara lantikan ketika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum Muhyiddin.

Begitu juga tiada pula siasat pemindahan hak milih harta Tabung Haji dijalankan. Mengapa? Kerana mereka ini masih dianggap rakan kongsi yang asal?

Kita sedia maklum PPBM sedang giat ‘mencuri ayam’ di reban orang. Ahli-ahli UMNO dipancingnya.  Cawangan UMNO disogokkan dengan wang ringgit agar ia diganti oleh PPBM. Mengapa ini berlaku? Hanya kerana mahu memastikan UMNO mati!

Baru-baru ini mahkamah menangguhkan perbicaraan beberapa belas ahli UMNO yang menyaman UMNO dan mahu parti ini diharamkan.

Inilah cita-cita PPBM yang tersembunyi tetapi agak terang bersuluh. Jika UMNO diharamkan maka ia memberikan peluang besar kepada PPBM menggantikan UMNO. Bila UMNO haram maka ramai ahli UMNO akan berpindah ke PPBM. Adakah ini akan terjadi?

Jika kita membuat andaian sekiranya UMNO diharamkan, kemanakah ahli-ahlinya akan pergi? Maka jawapannya, mereka ini akan menjadi ahli BN.

Kita andaikan pula, jika ini berlaku maka ada kemungkinan PPBM akan ‘mencuri’ nama UMNO yang sudah sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Jangan terkejut jika PBBM akan mengambil peluang ini untuk mendaftarkan UMNO Bersatu  sebagai sebuah parti baharu.

PPBM dibubarkan dan menjadi ahli terus UMNO Bersatu maka kesemua jawatan Ketua Bahagian akan diisi oleh ahli-ahli PPBM sebagai Ketua Bahagian Penaja.

Apa jadi dengan Ketua Bahagian UMNO yang lama? Mereka terpaksa membuat pilihan samada menyertai UMNO Bersatu atau  kekal sahaja berada di dalam BN.

Keadaan ini akan mengucar-kacirkan politik Melayu. Cawangan-cawangan yang ada akan diserap secara otomatik ke dalam Bahagian atas nama UMNO Bersatu.

Ini adalah andaian jika PPBM akan bertindak sedemikian. Apakah tindakan seterusnya oleh UMNO jika ini bakal berlaku?

UMNO tidak boleh berdiam diri. Sebelum ‘nasi menjadi bubur’ maka pemimpin UMNO mesti fikirkan blind spot dan Surprise Last Minute Attack – SLMA ini yang akan dilakukan oleh PPBM dan sekutunya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button