JenayahNasional

Jho Low dan bapanya dijatuhi hukuman penjara

Ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng hari ini dijatuhi hukuman penjara kerana menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz mengeluarkan waran komital dan memerintahkan kedua-dua mereka membayar kos RM5,000, selepas bapa dan anak itu gagal mematuhi dua perintah injunksi yang disampaikan kepada mereka baru-baru ini.

Injunksi itu memerlukan kedua-dua mereka dan empat yang lain mendedahkan lokasi dan aset mereka kepada mahkamah, dalam saman yang sedang dijalankan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan anak syarikatnya.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investment Ltd) memulakan prosiding pada 12 Ogos.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button