Luar Negara

Jet tempur supersonik Indonesia terhempas

SEBUAH pesawat tempur T-50i Golden Eagle milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara disahkan terhempas di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Kabupaten Blora, Jawa Tengah malam tadi.

Pesawat dari Skuadron Udara 15 Pangkalan Udara (Lanud) Iswahjudi itu jatuh di wilayah pergunungan ketika melakukan latihan malam.

Berdasarkan kronologi kejadian, pesawat itu berlepas dari Lanud Iswahjudi pada jam 18.24 WIB (waktu Indonesia Barat), Isnin untuk melakukan latihan taktikal pintasan dan masih berhubungan dengan pengarah pesawat.

Pada jam 19.25 WIB, pesawat tempur supersonik tersebut dilaporkan hilang kontak. Kadispen TNI AU, Marsma Indan Gilang, memberikan keterangan bahawa pesawat tersebut tidak dapat dihubungi lagi.

Related Articles

Juruterbang disahkan maut di lokasi kejadian. Oleh kerana serpihan pesawat terbenam ke dalam tanah menyukarkan petugas untuk memindahkan komponen hingga jasad juruterbang.

Menurut Tribunnews, Dandim 07 Blora, Letkol Inf. Andy Soelistyo mengungkapkan, penemuan beberapa bahagian jasad dipercayai milik juruterbang.

“Saya melihat langsung keadaan jenazah, mungkin kerana pesawat meletup, jadi tidak boleh mengesan secara lengkap.

“Tetapi beberapa bahagian sudah kita selamatkan dan jadikan satu di beg jenazah,” katanya.

Bagaimanapun, pemindahan terpaksa dihentikan pada jam 2.00 WIB kerana situasi lokasi yang gelap dan sukar. Para petugas terpaksa menunggu hari terang.

Selain itu, serpihan pesawat lain yang jatuh di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Kabupaten Blora disahkan milik TNI AU.

Kemalangan ini menambah senarai pesawat T-50i Golden Eagle milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas.

Artikel berkaitan > Dua juruterbang terbunuh, pesawat Tentera Udara Pakistan terhempas

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button