Acara

Jerman giat permoden sektor kereta api

BERLIN 30 Sept. – Jerman kini sedang berusaha untuk memodenkan sektor keretapinya selari dengan Perjanjian Hijau Kesatuan Eropah (EU) yang lebih luas dan menekankan pengangkutan mampan dan neutral karbon menjelang tahun 2050.

Negara tersebut juga sedang menyelaraskan strategi mereka dengan memberi tumpuan terhadap perubahan iklim dan kelestarian. Mereka juga banyak melabur dalam pemodenan dan penghijauan infrastruktur relnya sebagai sebahagian daripada matlamat penyahkarbonan di bawah ‘EU Green Deals’.

Bagi Pameran Antarabangsa Innotrans 2024 di Berlin, salah satu fokus kali ini adalah penekanan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai kuasa transformatif dalam industri rel, yang membuka peluang kepada syarikat-syarikat syarikat -syarikat dunia termasuklah Malaysia, terutamanya bagi penyelesaian rel pintar, pendigitalan, sistem cekap tenaga, serta AI dalam membentuk masa depan rel.

Demikian menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dikongsikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, PYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Pra-Pelancaran Promosi Masakan Perlis yang akan diadakan di Institute of Cultural Diplomacy (ICD) Berlin pada 7 November 2024 yang akan datang nanti.

Promosi ini diinisiatifkan oleh Dr. Adina dan Kedutaan Malaysia di Berlin bersama-sama pihak ICD dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. dan Smart Leisure Sdn Bhd.

Kurma Daging Perlis akan disajikan sempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 dalam program Institute Of Cultural Diplomacy Berlin tersebut.

Berangkat sama pada majlis penyerahan plaka yang diadakan di Terminal Pesawat Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin Brandenburg sebelum berangkat meninggalkan Jerman ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Baginda berdua menghadiri ‘Pameran Antarabangsa InnoTrans 2024’ di Messe Berlin.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button