Hiburan

Jenama Khatreena curi tumpuan KLFW2024

Kuala Lumpur 2 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan peragaan slot jenama ‘KHATREENA’ milik anakanda sulung Baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail di

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 yang berlangsung di Suria KLCC Esplanade, Kuala Lumpur pada rabu.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengasas KLFW, Andrew Tan serta wakil daripada pihak pengurusan Suria KLCC.

Turut berangkat sama adalah anakanda-anakanda Baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullaill dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Ini merupakan kali kelima jenama ‘KHATREENA’ telah terlibat dalam KLFW dan bagi kali ini dinamakan sebagai koleksi “Road To Peace”.

KLFW 2024 yang merupakan edisi ke-12 pada tahun ini mendapat kerjasama daripada pihak Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Ia
telah membuka tirainya pada 29 Julai 2024 dan akan berakhir pada 4 Ogos 2024. Buat julung-julung kalinya ia diadakan di struktur khas berlatarkan keindahan Menara Berkembar Petronas itu yang melibatkan 50 pereka dan jenama yang mempamerkan koleksi eksklusif masing-masing.

KLFW merupakan platform buat pereka fesyen tempatan untuk mengetengahkan bakat, inspirasi dan rekaan mereka yang tersendiri.

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button